Enjin carian
Selain dari Google, sebenarnya terdapat beberapa enjin carian yang lain yang turut digunakan oleh ‘pelayar-pelayar Internet’ untuk mencari sesuatu maklumat. Ada diantara enjin carian ini yang menggunakan pendekatan atau teknik-teknik yang terkini yang mampu membuat carian terhadap sesuatu pertanyaan dengan kadar yang sangat pantas malangnya tidak mendapat perhatian ramai mungkin kerana tidak mendapat liputan atau pendedahan yang meluas seperti Google.
1. Hotbot
Antara enjin carian tertua yang dimiliki oleh Terra/Lycos.
Teknik carian utama yang digunakan ialah carian Boolean yang menggunakan operator seperti AND, OR dan NOT.
Carian boleh dilakukan keatas fail dalam 35 bahasa.
Laman enjin carian ini ialah http://www.hotbot.com/.
2. AlltheWeb
Mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1999 dan kini diuruskan oleh Overture.
Carian boleh dilakukan terhadap fail PDF, Flash, gambar, video, MP3, fail FTP dan berita.
Sama seperti Hotbot, ia turut menggunakan carian Boolean sebagai teknik carian yang utama. Perbezaan dengan Hotbot ialah ia menggunakan operator AndNot bukannya NOT.
AlltheWeb dianggap pelopor dalam memperkenalkan carian yang mengandungi saiz dan tarikh dokumen
Carian keatas dokumen boleh dilakukan dalam 49 bahasa.
Laman rasmi enjin carian ini ialah http://www.alltheweb.com/.
3. AltaVista
Antara enjin carian yang turut popular dan dikenali ramai dikalangan pengguna Internet.
Terdiri dari dua mod carian utama iaitu Basic Search dan Advanced Search. Advanced search mengalami beberapa perubahan iaitu penambahan dari segi ciri misalnya mod baru diperkenalkan seperti Power Search dan More Precision Search.
Pangkalan data enjin ini terdiri daripada pengindeksan laman web, direktori, berita, Audio dan Video dan imej grafik.
Sama seperti AlltheWeb, enjin ini diuruskan oleh Overture.
Carian keatas dokumen boleh dilakukan dalam 49 bahasa.
Laman enjn ini ialah http://www.altavista.com/.
4. Lycos
Juga antara enjin carian tertua.
Menggunakan teknik Boolean dalam membuat carian tapi menghadkan kepada penggunaan operator AND dan NOT sahaja.
Dokumen boleh dicapai dalam 47 bahasa dan salah satunya ialah dalam Bahasa Melayu.
Laman ini boleh dilayari menerusi alamat berikut, http://www.lycos.com/.
5. Teoma
Diperkenalkan pada tahun 2001 dan kini diurus oleh AskJeeves.
Menggunakan teknik Boolean dalam proses carian.
Bahasa yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu dokumen agak terhad.
Boleh memaparkan sehingga 100 rekod dalam satu mukasurat selepas melakukan beberapa pengubahsuaian.
No comments:
Post a Comment