Teknologi maklumat penuh bermakna dalam kehidupan seharian kita...

bismillahirahmanirahhim.....


WELCOME

Thursday, September 16, 2010

PERBEZAAN BLOG DAN WEBSITE

BLOG
Blog adalah singkatan kepada Web-log. Log pada kata dasarnya adalah catatan samada dalam frekuensi sekali sesaat, sekali seminit, sekali sejam, sekali sehari, sekali seminggu dan sebagainya. Ia merupakan satu catatan diary didalam media elektronik berasaskan Internet. Blog sesuai digunakan oleh mereka yang bukannya terdiri daripada golongan berlatarbelakangkan IT. Blog mempunyai rekabentuk yang ringkas dengan pemilihan tema yang sesuai. Kebiasaannya lebih ringkas sesebuah tema Blog itu, akan mempercepatkan proses muat-turun imej dan sebagainya. Catatan yang disimpan didalam blog, di simpan jauh (mungkin juga sebelah rumah aje) dari komputer orang membaca blog. Blog blogbtk/www.bandartasikkesuma.com ini disimpan di Malaysia (Made In Malaysia). Aktiviti mengemaskini blog dipanggil “blogging” manakala orang yang mengemaskini blog dipanggil “blogger”.

WEBSITE
Satu atau lebih fail atau lebih dikenali sebagai mukasurat (page) yang disimpan dalam server komputer. Capaian adalah menerusi Internet. Setiap Web site mempunyai muka surat pertama yang disebut “Home Page” yang memaparkan maksud laman Web tersebut. Mukasurat-mukasurat ini kemudian disambung antara satu sama lain membentuk satu rangkaian yang berakhir dengan persembahan maklumat kepada pelayar Web. Laman Web lebih sukar untuk dikemaskini dan kebiasaannya ia memaparkan maklumat-maklumat berbentuk statik.

Rujukan ((http://www.bandartasikkesuma.com/ )

No comments:

Post a Comment